Thursday, 12 December 2019

Teman pengganti


Alhamdullilah segala puji bagi Allah swt, Tuhan sekalian alam kerana saya dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang baik semuanya. Sejak dari kecil lagi saya suka bersahabat, saya dianggap sebagai yang mudah untuk didekati oleh teman-teman. Jadi tidak menjadi masalah untuk merapatkan hubungan dengan sahabat saya. Saya jenis yang tidak memilih sahabat dan berkawan dengan semua orang sampai di kelas Dr Izazol pun saya ada buat kawan baru, seorang sahabat yang digelar Ustaz Sukarporn ( haha ) dan saya merupakan ahli aktif kelab Sarip's Lovers !! yeah mannnnnn. 




Selain itu, seorang sahabat yang saya kenali sejak masuk ke Universiti perguruan Sultan Idris. Nama beliau ialah Muhammad Aidil Arif bin Nazari berasal daripada Taiping, Perak. Pada mulanya saya tidak ketahui beliau merupakan anak Guru besar kerana sifat beliau tidak menunjuk-nunjuk dan menyatakan bahawa itu adalah ayah beliau bukan beliau dan tidak apa yang perlu dibangga, nanti tunggu masa beliau pula jadi pengetua sekolah. Seorang yang serius tapi ada taman di hatinya. Persahabatan kami bermula dengan sesi suai kenal siswa di DTC. Saya tidak ketahui bahawa beliau merupakan satu kos iaitu Ismp Pengajian Malaysia dengan saya, tetapi berkenalan semasa dalam kelas. Aidil mempunyai semangat belajar yang jitu dan ia amat sesuai dengan kelayakan seorang guru. Selain itu, sifat periang yang ditunjuknya membuatkan orang sekeliling mudah untuk mendekatinya. Selain daripada belajar 24/7, beliau juga seorang yang aktif bersukan, boleh jadi cikgu pj juga dil, haha. Seorang yang berkemahiran dalan mengelicik bola dan aktif dalam permainan lain. Semoga jadi cikgu yang berjaya dil , support you from back 

No comments:

Post a Comment

Gejala Buli membawa "PADAH"

https://www.sinarharian.com.my/article/43124/EDISI/Utara/Kes-buli-Polis-ambil-keterangan-murid-ibu Marcapada, Malaysia sering digemparka...