Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama yang diberikan oleh kedua ibu bapa saya ialah Muhammad Amiruddin Naim bin Rosli. Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Saya merupakan anak jati negeri "Cik Siti Wan Kembang, tanah serendah sekebun bunga". Nama bapa saya ialah Rosli bin Yusoff berasal dari Kota Jembal, Kelantan dan ibu saya iaitu Rahimah binti Zakaria juga berasal daripada Bachok, Kelantan. Saya mendapat pendidikan awal di pra-sekolah dan melanjutkan ke Sk Sri Bemban. Selepas itu saya mendapat pendidikan di Smk Kota Bharu selama 7 bulan dan bertukar ke Smk Tanjong Chat yang merupakan sekolah baru pada ketika itu yang hanya mempunyai 500 pelajar dah 7 orang guru. Saya merupakan antara batch pertama di sekolah itu dan anak murid yang pertama akan melaksanakan Program Perintis Guru (PPG) di sekolah tersebut. Seronok weh sbb cikgu lama2 semua terkejut sebab saya bukan antara pelajar harapan sekolah sewaktu di spm dahulu. Hahaha, xoxo. ok sambung, saya teruskan pendidikan di Tingkatan Enam pada waktu itu di Smk Kota Bharu iaitu saya balik ke sekolah menengah asal saya -,-'. Alhamdullilah result STPM saya tidak mengecewakan dan dapat menyambung pelajaran di Upsi
Alhamdullilah sekarang berada di salah sebuah Universiti No 1 pendidikan di Malaysia dan melanjutkan diri di peringkat Ijazah sarjana muda. Saya sudah bangga membuatkan kedua ibu bapa saya bangga dengan pencapaian saya. Mujurlah pendidikan di tingkatan 6 banyak memberi pengajaran dan ibrah yang berguna kepada pelajar yang agak tercorot di belakang suatu ketika dahulu :').
Cita-cita saya sebesar kata-kata orang yang mengatakan bahawa saya tidak akan kemana, kini saya sudah buktikan kepada mereka saya sedang berusaha ke atas dan akan menjadi seorang guru yang bakal mendidiknya seorang murid yang akan menjadi Perdana Menteri, Peguam, Doktor, Arkitek, Jurutera suatu hari kelak. Setelah memberi khidmat dalam bidang pendidikan saya akan cuba libatkan diri dalam arena politik negara dan akan merubah negeri tercinta saya kearah kemajuan dari segi teknologi dan infrastuktur yang agak kebelakang, bak kata Presiden Ke 3 Indonesia iaitu Eyang Habibie yang saya hormati, beliau berkata " Jadilah Mata Air " kalau saya baik, di sekitar saya juga akan baik, kalau saya kotor di sekitar saya akan mati :'). cuba2 lah tengok movie dia besttt.. acece promote movie ( Rudy Habibie )
No comments:
Post a Comment