Thursday, 12 December 2019

Gejala Buli membawa "PADAH"

https://www.sinarharian.com.my/article/43124/EDISI/Utara/Kes-buli-Polis-ambil-keterangan-murid-ibu

Marcapada, Malaysia sering digemparkan dengan isu buli dikalangan pelajar sekolah tidak kira peringkat pra-sekolah, rendah atau menengah malah di peringkat Universiti. Hal ini berkemungkinan terjadi akibat daripada kurangnya keprihatinan tentang penerapan unsur-unsur moral ke dalam diri seseorang sehingga sanggup melakukan perkara yang mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap orang lain. Perkara ini boleh dikatakan terjadi kerana kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa yang tidak banyak meluangkan bersama anak-anak. Kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa menyebabkan anak-anak akan melakukan kegiatan di luar jangkaan kerana tiada bimbingan secara khusus. Mengikut teori keperluan Maslow, manusia ini perlukan keperluan sosial dimana kita ini dihormati, disayangi oleh orang sekeliling agar kita tidak stress, namun demikian ibu bapa yang tidak memberi perhatian menjadikan faktor ini sebagai penyumbang utama kepada kes-kes bahagian pendidikan ini semakin hari semakin meningkat jumlahnya. Justeru itu, semua pihak harus memainkan peranan penting bagi menangani isu buli dalam kalangan pelajar di tempat pengajian. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa langkah yang wajar diambil agar dapat mengatasi masalah.

Gejala buli ini dapat dikaitkan dengan interaksi dan pembelajaran di sekolah. hal ini dapat dikaitkan kerana interaksi dua hala yang berlaku antara guru dan pelajar ini bukan sahaja untuk memberi kesedaran tentang pemahaman pembelajaran tetapi interaksi ini penting bagi memudahkan guru mengenal pasti tahap pekembangan murid di sekolah. hal demikian kerana secara tidak langsung guru terbabit dalam mendalami keadaan emosi seseorang pelajar daripada tingkah laku serta ekspesi yang ditonjolkan oleh pelajar tersebut. Secara kolektifnya ini merupakan peringkat awal bagi mendekati pelajar yang bermasalah agar masalah buli ini dapat diatasi. 


Seterusnya, pengurusan sekolah selamat juga boleh dikaitkan dalam gejala buli. Hal ini kerana infrastruktur sekolah sering disalah guna oleh pelajar kerana alat keselamatan tidak dititik berat oleh pihak sekolah. Penyediaan cctv di kawasan yang tidak menjadi laluan utama adalah bertujuan untuk membantu guru dalam menjaga keselamatan sekolah daripada terjadinya aktiviti buli di kawasan tersebut. Dalam hal ini, pihak keselamatan sekolah juga memainkan peranan penting untuk memantau kawasan tersebut agar tidak berlaku kejadian buli.


Peranan media massa juga turut menyumbang pengaruh besar ke arah gejala buli. Hal ini kerana media massa pada era kini memainkan peranan penting dalam perkembangan teknologi. Pelajar sering melayari internet yang memamparkan keganasan, sebagaimana contoh rancangan televesyen yang menyiarkan rancangan tumbuk menumbuk menyebabkan pelajar memcontohi agenda tersebut terhadap rakan-rakan di sekolah. Jelaslah bahawa peranan media massa banyak memberi pengaruh besar dalam gejala buli 


Pihak kaunseling di sekolah merupakan salah satu pihak yang bertanggunjawab bagi mengelakkan gelaja buli di kalangan pelajar. Setiap sekolah diwajibkan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pelajar bagi menyelesaikan isu dalam kalangan pelajar. Setiap guru kaunseling seharusnya prihatin kepada gejala buli di sekolah melalui info dan maklumat daripada guru kelas. Kes buli ini terdorong kerana pelajar yang merosot prestasinya sering melepaskan emosi amarahnya kepada pelajar yang lemah. Oleh itu pendekatan ini bagi mengelakkan tekanan emosi yang menyebabkan terjadinya gejala buli ini. Amat jelaslah bahawa pihak kaunseling memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan gejala buli di sekolah


Kesimpulanya, gelaja buli dalam kalangan pelajar ini tidak sepatutnya terjadi sama sekali sekiranya semua pihak memainkan tanggungjawab serta prihatin tentang keadaan sekitar. Hal ini kerana, pelajar adalah individu yang terbentuk daripada persekitaran, apa yang dilihat dan ia menjadikan perkara tersebut sebagai rutin harian mereka. Bak kata pepatah melayu "Melentur buluh biar dari rebungnya", hal ini kernaa kita yang mampu mencorak kehidupan mereka. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah memainkan peranan yang drastik dalam mengurangkan gejala buli ini daripada berterusan 



       





No comments:

Post a Comment

Gejala Buli membawa "PADAH"

https://www.sinarharian.com.my/article/43124/EDISI/Utara/Kes-buli-Polis-ambil-keterangan-murid-ibu Marcapada, Malaysia sering digemparka...